Isnin, 16 Julai 2012

Agama Sik


SMK Agama Sik

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik

08200 Sik, Kedah Darul Aman

MOTO

"BERILMU BERAMAL BERIMAN"

VISI

"SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SIK MENJADI SEKOLAH TERBILANG DI KEDAH MENJELANG TAHUN 2013."
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik terletak dalam Daerah Sik, iaitu sebuah daerah yang terpencil di Negeri Kedah. Tapak berkeluasan 38 ekar ini merupakan pada asalnya merupakan kawasan berbukit yang ditanam getah dan dusun buah-buahan. Sebenarnya, rancangan penubuhan sekolah ini bermula, pada tahun 1991 dan menjadi kenyataan apabila majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Menteri Besar pada ketika itu iaitu Tan Sri Osman Aroff pada bulan Mei 1995. Projek pembinaannya bermula pada Mei 1995 dan siap, sepenuhnya pada awal tahun 1998.
Sekolah ini mula beroperasi pada 08 Februari 1998 dengan menerima kemasukan pelajar sulung seramai 173 orang, iaitu pelajar-pelajar yang cemerlang UPSR tahun 1997. Mereka ditempatkan dalam 5 buah kelas, iaitu dengan purata 35 orang bagi sebuah kelas. Sambutan pelajar sulung ini diadakan dengan gilang gemilang yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik Berta ibu bapa dan waris pelajar-pelajar yang berkenaan. Taklimat disampaikan oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Kedah. Serentak dengan majlis itu juga Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMKA Sik ditubuhkan.

SMKA Sik sentiasa melakar kejayaan cemerlang dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Sejak penubuhannya sekolah ini sentiasa mencatatkan kelulusan 100 % dalam SPM. SMKA Sik juga pernah menduduki tempat kedua dalam kalangan SMKA di Malaysia dalam peperiksaan PMR iaitu pada tahun 2003. Dalam bidang kokurikulum pula, seorang pelajar lelaki sekolah ini telah muncul sebagai Johan Hafazan peringkat kebangsaan pada tahun 2002. SMKA Sik pernah beberapa kali mewakili negeri Kedah ke pertandingan di peringkat kebangsaan. Antaranya ialah Pertandingan Kuiz Sempena Hari Koperasi Sekolah, Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket, Pertandingan Kuiz Permodalan Nasional Berhad, Festival Nasyid Kebangsaan dan Pertandingan Catur. Sekolah ini dipilih sebagai sekolah Elit pada talon 2003.

Buat masa ini (2007), SMKA Sik mempunyai pelajar seramai 738 orang yang diagih kepada 24 kelas dengan tenaga pengajar seramai 54 orang, 24 guru lelaki dan 30 guru wanita. Manakala staf sokongannya pula seramai 17 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan